Salam dan selamat malam semua...
ziela baru je siapkan shake untuk makan malam...senang je... lam 1-2 minit dah siap!! cepatkan!!! tu orang cakap HERBALIFE SHAKE ialah FASTFOOD FOR INTELLIGENT PEOPLE... :)
Okey..tentang topik malam ini ziela nak kongsikan tentang air putih a.k.a. air masak. air mineral pom same la..di kategorikan sebagai air putih jugak. Tapi air susu even kaler die putih, tapi ia adalah tetap air susu, bukan dalam kategori air putih yew...heehehe...
Tahukah anda ???
Air putih adalah sangat bagus untuk kesihatan badan kita kerana air putih tiada kalori, tiada gula, tiada lemak dan amat sesuai di minum bagi yang tengah berusaha menguruskan badan.
Sedikit info untuk dikongsikan bersama:
Setiap berat badan 25 kg, badan anda memerlukan 1 Liter air. Simple calculation anda boleh kira untuk dapatkan berapa jumlah air putih yang diperlukan oleh badan kita seharian
25kg = 1 Liter air
Contohnya: Berat badan anda ialah 65kg
Pengiraan:
65kg / 25 = 2.6 Liter
Anda boleh kira sendiri jumlah air yang diperlukan oleh badan..
Waktu yang sesuai dan bermanfaat untuk anda minum air putih ( Selain dari anda minum air untuk hilangkan dahaga):
sebelum tidur
minum segelas (400ml) air masak sebelum tidur. ianya dapat mengelakkan kita dari terkena serangan jantung dan juga strok
Bangun tidur
minum 2 gelas air masak (800ml) bagi membantu mengaktifkan organ dalaman kita.
Sebelum mandi
Sebaikknya minumlah segelas air masak (400ml) sebelum mandi. Ianya dapat membantu melancarkan perjalanan darah
Sebelum makan
minumlah air masak 1 gelas (400ml) 30minit sebelum makan. ianya dapat membantu sistem percernaan badan kita
KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN MINUM AIR PUTIH
( sumber:google blog)
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air
putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu
mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum
Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan
melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit
malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan
kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab
kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh
menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering
dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh
saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat
bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika
tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi
tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.
Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan
penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai
penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini
kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan
sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
KENAPA KITA PERLU MINUM AIR PUTIH (AIR KOSONG@AIR MASAK)
(sumber:Google blog)
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Okey..rasenya banyak juga ziela kongsikan malam ni tentang air putih ni...Sape2 yang rasa minum air masih tak cukup lagi tu, boleh la belajar minum air putih secukupnya. Jumpa lagi di entry yang akan datang !!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan