Isnin, 10 Disember 2012

KEPENTINGAN AIR PUTIH a.k.a. AIR MASAK dalam kehidupan seharian dan kelebihannya

Salam dan selamat malam semua... 
ziela baru je siapkan shake untuk makan malam...senang je... lam 1-2 minit dah siap!! cepatkan!!! tu orang cakap HERBALIFE SHAKE ialah FASTFOOD FOR INTELLIGENT PEOPLE... :)

Okey..tentang topik malam ini ziela nak kongsikan tentang air putih a.k.a. air masak. air mineral pom same la..di kategorikan sebagai air putih jugak. Tapi air susu even kaler die putih, tapi ia adalah tetap air susu, bukan dalam kategori air putih yew...heehehe...

Tahukah anda ???
Air putih adalah sangat bagus untuk kesihatan badan kita kerana air putih tiada kalori, tiada gula, tiada lemak dan amat sesuai di minum bagi yang tengah berusaha menguruskan badan.

Sedikit info untuk dikongsikan bersama:

   Setiap berat badan 25 kg, badan anda memerlukan 1 Liter air. Simple calculation anda boleh kira untuk dapatkan berapa jumlah air putih yang diperlukan oleh badan kita seharian

         25kg = 1 Liter air
       Contohnya:  Berat badan anda ialah 65kg
       Pengiraan: 
                       65kg / 25 = 2.6 Liter

Anda boleh kira sendiri jumlah air yang diperlukan oleh badan..

Waktu yang sesuai dan bermanfaat untuk anda minum air putih ( Selain dari anda minum air untuk hilangkan dahaga):

sebelum tidur  
    minum segelas (400ml) air masak sebelum tidur. ianya dapat mengelakkan kita dari terkena serangan jantung  dan juga strok

Bangun tidur 
 minum 2 gelas air masak (800ml) bagi membantu mengaktifkan organ dalaman kita.

Sebelum mandi 
Sebaikknya minumlah segelas air masak (400ml) sebelum mandi. Ianya dapat membantu melancarkan perjalanan darah 

Sebelum makan 
 minumlah air masak 1 gelas (400ml) 30minit sebelum makan. ianya dapat membantu sistem percernaan badan kita


KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN MINUM AIR PUTIH 
( sumber:google blog)

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

KENAPA KITA PERLU MINUM AIR PUTIH (AIR KOSONG@AIR MASAK)
(sumber:Google blog)

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Okey..rasenya banyak juga ziela kongsikan malam ni tentang air putih ni...Sape2 yang rasa minum air masih tak cukup lagi tu, boleh la belajar minum air putih secukupnya. Jumpa lagi di entry yang akan datang !!!!!





Sabtu, 8 Disember 2012

Part 1 : HERBALIFE Product ... FORMULA 1

Salam & Selamat Petang...
Sebelum nak share pasal produk HERBALIFE NO.1 ni, ziela nak kongsi dulu tentang Company HERBALIFE ni sikit...

Herbalife ni dah bertapak selama 32 tahun dah kt dunia.. dan last month, bulan november Herbalife dah masuk ke negara yang ke-87 iaitu Maldova.. Serius ziela tak taw dimana negara itu (Ziela kurang arif sikit sal peta2 ni..hehehe)Taw tak, maknanya sebanyak 87 buah Kementerian Kesihatan dah approve produk herbalife ni. Amazing and unbelievable kan? Dan syarikat Herbalife ni dah tersenarai dalam NYSE (Psttt...masa gi event ri tu ada yang cakap company yang nak masuk NYSE mestilah sebuah company yang sangat2 stabil, lau nak confirm boleh mintak pakcik Google searchkan...).. 

Berbalik tentang produk makanan nutrisi Herbalife yang paling glamour kat dunia ni ialah FORMULA 1. apa itu formula satu? macam yang lumba kereta tu ke? hehehehe.. Bukan cam lumba kereta tu tapi Formula 1 ni ialah NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER PROTEIN. Ianya merupakan produk 'Meal Replacement' yang paling lazat sebab ianya memang sangat sedappp... Botolnya camni... ( Bole tengok kat bawah)
( Sumber: Google Images)
FORMULA 1 @ F1 ni ada 5 perisa yang anda boleh pilih. ade perisa strawberi, vanila, coklat, cappucino & buah-buahan tropikal ( tropical fruits).

Formula 1 ini mengandungi :
  •  55 nutrien, amino asid, serat dan herba terpilih ( bOleh rujuk pic kat bawah)
  • membekalkan nutrisi yang seimbang yang diperlukan oleh badan seharian
  • mengandungi hanya 90-250 kalori ( Rendah kalori, bagus untuk kesihatan)
  • produk utama untuk nutrisi selular dan pengendalian berat badan serta kesihatan secara umum.
  • di panggil " FASTFOOD FOR INTELLIGENT PEOPLE" sebab ianya sangat senang dan cepat disediakan. 
 sumber: google images

Formula 1..Sedap kan !!!!

( Sumber: Google Images)


Okey tak post kali ini?? lau suka ke, tak suka ke, boleh komen!! hee.. Okey, nanti akan menyusul Part 2. Tungguuuuuu.........








Khamis, 6 Disember 2012

MAKANAN RINGAN vs MAKANAN BERKHASIAT

SALAM...
Petang ni nak share sikit pasal pemakanan seimbang. hehe..saya ni bukanlah pakar pemkanan pun , tapi saya   nak kongsi apa yang saya baca di internet. Apa yang anda paham dan kenal tentang pemakanan seimbang? Setahu saya, pemakanan seimbang adalah makanan yang mengandungi kandungan protein, serat (fiber), karbohidrat dalam kuantiti yang seimbang.

Okeyyy... lihat pada title nya pn pasal makanan kan..hehe... Makanan ringan tu apa lah pulak yerr??? Makanan yang ringan apabila di timbang ke ape yerrr???Okeyy... Nak taw tak, makanan ringan adalah makanan yang tidak memberikan kekenyangan yang berpanjangan kepada perut kita dan ianya tidak mengandungi nutrien2 penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 

Selama ni kita makan jew kan makanan ringan yang berbagai-bagai jenis di pasaran sekarang ini. Cuba anda perhatilkan kandungan dalam makanan ringan yang anda selalu makan? adakah anda tahu nilai kalori yang terkandung dalam makanan ringan tersebut? mesti tak ramai yang amik peduli dengan semua itu kan!!!

 So start sekarang, tengok betul2 apa kandungan dalam makanan ringan tersebut atau kanak2 lebih suka panggil 'JAJAN'. Makanan ringan sangat tidak berkhasiat pada badan anda sebab ianya mengandungi banyak kandungan bahan2 perasa tambahan dan mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi.


(Sumber: Google Images)
Ini antara contoh kalori dalam makanan ringan dan fastfood...

Banyak kan kalori nya...hehehe
start sekarang, kurangkan makan makanan ringan dan fastfood ini. lau boleh tak yah makan terus pun tak pe kan....


MAKANAN BERKHASIAT

sini admin kepilkan gambar makanan berkhasiat...
(Sumber: Google Images)



Makanan yang seimbang adalah makanan yang mengandungi semua elemen dalam piramid makanan. Jom audit pola pemakanan anda, adakah anda semua makan makanan yang sihat dan berkhasiat? 
Okeyy.. Admin share cerita pasal makanan setakat ni saje dalam entry kali ini.




Rabu, 5 Disember 2012

TEH HIJAU... Khasiatnya dan apa yang terbaik dalam pengambilan HERBALIFE TEAMIX

Admin baru je baca tentang khasiat teh hijau ni kat internet. Banyak khasiat teh hijau yang boleh membantu tubuh badan kita seharian. Antara khasiat2 nya adalah seperti berikut: 

1) Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat peningkatan metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu liver berfungsi lebih efektif. Baru-baru ini sebuah penelitian di Amerika  mengkaji bahawa bagi mereka yang berbadan berlebihan, setelah di beri minum teh hijau tiga kali sehari dapat membakar 200 kalori ekstra per hari dari badan mereka.  

2) Mencegah penyakit jantung
Teh jenis ini diyakini dapat menurunkan kolesterol jahat LDL karana pengaruh antioksidan yang mencegah oksidasi kolesterol LDL dalam arteri.
Pembekuan trombosis yang abnormal dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke. Oleh itu  teh hijau terbukti mencegah pembekuan darah tidak normal secara efektif.  

3) Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertenesi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE dimana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.  

4) Melindungi dari diabetes
Polyphenol dari teh hijau menghalang amylase sehingga membantu menurunkan peningkatan gula di dalam darah. Tingginya glukosa dan insulin dalam darah memungkinkan seseorang untuk mendapat diabetes.  

5) Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.  

6) Mencegah nafas tidak sedap
Minum teh hijau dapat membunuh bakteria yang hidup di mulut sebagai penyebab bau mulut.

 7) Melindungi dari hepatitis
Hepatitis seringkali dikaitkan dengan tingginya tingkat zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan tingkat zat besi di seluruh tubuh yang memiliki pengaruh langsung untuk melindungi dari hepatitis.

8) Meningkatkan kekebalan
Menurut sebuah penelitian di Jepang berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu kekebalan terhadap bakteria dan virus.

TAHUKAH ANDA?????
HERBALIFE TEAMIX adalah satu produk kesihatan. Teamix segera yang lazat dan berkalori rendah membantu anda agar sentiasa bertenaga dan segar semasa anda menguruskan berat badan anda. Terdapat banyak manfaat yang boleh anda dapat dari HERBALIFE TEAMIX seperti berikut:
  • Dapatkan peningkatan tenaga
  • Nikmati kebaikan teh hijau
  • Menguruskan berat badan anda
  • Rendah kalori dan kaborhidrat



HERBALIFE TEAMIX
GOOD FOR YOUR HEALTH AND FOR YOUR BODY DETOX!!

APA AKAN JADI KALAU KITA TAK MAKAN NASI??? Check it out dear all !!!

SALAM....
Selamat malam... update lagi tips untuk tatapan semua. info ni pun baca dari internet dan teringin sangat nak kongsi dengan kawan semua. 

Pernah tak anda semua diet tanpa makan nasi berminggu-minggu, berbulan-bulan, ada yang sampai bertahun-tahun tak makan nasi sebab NAK KURUS!! Saya yakin mesti ramai yang pernah buat camni kan, Hehehe... Tapi nak taw tak, lau tak makan nasi, banyak effect lain akan jadi kat badan kita. Jom audit kesihatan anda dengan info yang saya rasa dan anggap sangat berguna untuk semua. Jom baca kawan-kawan semua.

KALAU TAK MAKAN NASI APA AKAN JADI????

1. YES akan kurus ….
Kalau tak makan nasi memang dapat kurangkan berat badan sebab anda kurangkan pengambilan kalorie. Kalau biasa makan nasi 2x sehari dan setiap porsi lebih kurang 250 kalorie than dalam sehari dah kurang 500 kalori. Dengan ini, sudah tentu dapat kurangkan berat … tapi apa yang akan terjadi apabila anda sudah kurus dan makan nasi semula? Berat naik balik! Tapi bukan masalah nasi TAPI quantiti pengambilan.

2. TAPI bila dah kurus camane?
Berapa lama anda dapat elak makan nasi? 1 minggu? 1 Bulan? 1 Tahun? Lama-lama mesti nak makan nasi jugak. Orang yang elak nasi dan berjaya kurangkan berat badan selalu complain dan mengatakan “bila makan nasi semula … berat akan naik! Memang nasi menggemukkan!”. Naik turun berat badan bukanlah masalah atau berpunca dari pengambilan nasi semata-mata but sebab pengambilan kalori seharian yang melebihi keluaran kalori ….

3. Jadi boleh makan nasi atau tidak?
Boleh tapi pastikan kuantiti atau porsi hidangan yang betul. Untuk maintain berat badan makan segenggam tangan setiap hidangan. Untuk kurangkan berat badan kena makan kurang dari segenggam.
Saya sendiri pun makan nasi dua kali sehari. Nasi putih adalah sumber karbohidrat yang bagus

P/S--> please my dear friend,, nak jage kesihatan especially if u wanna lose weight, u need to have the knowledge because somehow it will give bad effect to your body..love your body ok.. ♥

Nak lose weight secara sihat dan nak makan nasi setiap hari, jom2 cuba produk nutrisi HERBALIFE. Dah terbukti kat 87 buah negara kat dunia ni. 
@
Msj/Whatapp Aziela 012-9451784


HERBALIFE...NUTRITION FOR ALL!!!!

Isnin, 3 Disember 2012

SARAPAN ........... Sebelum memulakan aktiviti


Konsep sarapan pagi sihat: 

- kalau kita sihat, sapa yg gemuk automatik badannya akan bekerja utk buang lemak sebab lemak itu toksin. 

- kalau kita sihat, sapa yg kurus automatik badannya akan gain muscle sebab muscle tu penting utk badan sihat

- kalau kita sihat, sapa yg ada masalah kulit atau muka akan sembuh jugak sebab satu badan dapat nutrisi secukupnya

- kalau kita sihat, sel2 badan kita akan aktif buang toksin, tu sebabnya badan jadi aktif, mood pun jadi ceria sebab kita banyak aura positif

# Kata kuncinya = SIHAT, badan sihat datang dari makanan sihat. Waktu makan terpenting ialah sarapan pagi.
jadi, breakfast dulu ye dear... agar badan kita cergas sebelum melakukan sesuatu pekerjaan !! Lau nak cepat, jom tukar breakfast anda yang lama kepada yang lebih berkhasiat dan... ianya cepat disediakan !!! HERBALIFE.. Nutrition for all. pm FB http://www.facebook.com/aziela.shahril 

Something about HERBALIFE!! Part1

salam...sangattt lame tak update blog ni. soryy, buzy ngn majlis kawen :)
semalam baru balik dari STS PUTRAJAYA. sangat luar biasa kerana saya dengar perkongsian dari PRESIDEN TEAM, HERBALIFE INDONESIA, Ibu Feny Hernawati & Suaminya. Amazing sebab suaminya berjaya lose weight dalam 20kg sebulan dengan produk NUTRISI HERBALIFE!!!!
Ramai yang beranggapan HERBALIFE ni ubat kurus tapi kenyataanya HERBALIFE ADALAH MAKANAN KESIHATAN!!! Betulkan tanggapan anda semua tentang produk HERBALIFE ini.

HERBALIFE ni dah bertapak kat dunia ni dah 32tahun. anda sendiri boleh fikir apa yang buat syarikat ini bertahan sampai tahap ini. dan sekarang HERBALIFE dah masuk ke 87 buah negara kat dunia!!! Wow, bagi saya ianya sangatttt luar biasa!!! that's mean dah 87 Kementerian Kesihatan yang dah luluskan produk HERBALIFE ini!!! Menarik sekali kan!! Dan lagi luar biasa HERBALIFE ini dah tersenarai dalam NYSE taw!! Bagi yang involve dengan saham taw macam mana kedudukan sesebuah company untuk diesnaraikan dalam NYSE. Mestilah satu syarikat yang sangat stabil kan.

Pengasas HERBALIFE, Mark Hughes cipta produk ini bermula dari kisah hidupnya. Emaknya sanggup menelan segala ubat2 kurus hingga membawa maut hanya kerana nak turunkan berat 5kg!!! dari situ Mark Hughes belajar dunia herba hingga ke negara China dan sekembalinya dia ke negara asalnya, Mark Hughes berjaya mencipta amazing produk iaitu FORMULA 1.